$10.00 SGD
Qty available: 159

Antologi cerpen Tanjong Katong Airnya Biru memuatkan 16 cerpen hasil tulisan empat mantan pelajar Sekolah Menengah (Teknikal) Tanjong Katong.

Bertolak daripada titik permulaan yang sama, R. Azmann A. Rahman, Djohan A. Rahman, Farihan Bahron dan Mohamed Naguib Ngadnan mencipta nama masing-masing dalam dunia kesusasteraan dan cabang-cabang seni yang lain.

Gabungan empat penulis ini menghasilkan karya-karya yang mengangkat tema-tema pembangunan, keluarga, alam sekitar, sejarah dan masyarakat. Cerpen-cerpen ini mewakili suara anak-anak muda di Kota Singa dalam penerokaan sastera, sejarah dan kehidupan.

(Dimensi buku: 128 x 178 x 15mm)