$10.00 SGD
Qty available: 21

Kumpulan cerpen oleh Farihan Bahron.

Tercapaikah impian Wandy, seorang penyanyi jalanan, untuk mendapatkan gadis pujaannya melalui lagu yang telah diselitkan dengan bait-bait mantera pengasih Panah Arjuna?

Apakah kesudahan kisah cinta Zahid dan avatar ciptaannya sehingga hidupnya porak-peranda apabila Sang Avatar mengamuk? Bagaimanakah bentuk dunia Wak Dolah apabila wang kertas digantikan dengan mata wang digital?

Adakah Shakir dan Asyif berjaya membina app berdasarkan ilmu firasat yang terkandung dalam Kitab Abu Mashar Al-Falaki?

Kumpulan 'Kesumat Sang Avatar', yang menghimpunkan 10 cerpen Farihan Bahron bertemakan hubungan manusia dan teknologi, turut memuatkan karya-karya yang pernah memenangi sayembara Anugerah Pena Emas 2015 (Hadiah Pertama) dan Mencari Kristal 2016 (Hadiah Ketiga).