Kes #1: Misteri Aksara Hieroglif (2026)
Satu rahsia yang terkunci dalam kod
Singapura, 1880-an. Di bawah bayang-bayang kapal blim raksasa yang membelah ruang udara Sungai Singapura, Konstabel Jamal Aswad sedar bahawa keamanan kolonial hanyalah satu fatamorgana. Apabila seorang saudagar Inggeris, Henry Parkinson, hilang tanpa kesan, pihak atasan hanya menganggapnya sebagai kes biasa.
Namun, Jamal melihat apa yang orang lain terlepas pandang, iaitu simbol-simbol pelik yang diukir pada kulit pohon. Bagi Sarjan Mortimer Reed, ia hanyalah contengan kutu rayau. Bagi Jamal, ia merupakan aksara hieroglif, suatu bahasa rahsia gelandangan yang menyimpan kunci sebuah konspirasi gelap di bawah tanah Tanjong Pagar.
Tersepit antara tugasnya sebagai seorang pegawai polis dengan kisah silamnya sebagai anak lanun, Jamal harus menyusup masuk ke dalam 'Tristram', iaitu sebuah labirin bawah tanah yang tidak pernah muncul di dalam peta rasmi pemerintahan British.
Aku perasan si peon di pintu masuk memantau setiap pergerakanku. Aku mengelilingi meja pejabat... namun aku tertarik dengan naskhah buku apotekari, benda yang janggal daripada timbunan paraphernalia.
Maklumat produk
- Panjang: 4,000 patah perkataan (lebih kurang 30–40 minit bacaan)
- Sasaran pembaca: 13–17 tahun (sesuai juga untuk dewasa)
- Ilustrasi dalaman untuk melancarkan pengalaman membaca
- Dimensi: 128 x 178 x 5.4 (mm) | 64 halaman
- Penerbit: Unggun Creative
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Penghantaran: Singapura dan Malaysia
- ISBN: 978-981-94-5644-4
Tentang pengarang
Hassan Hasaa’ree Ali merupakan seorang jururawat dan bertugas sebagai pensyarah kejururawatan di politeknik. Hassan juga berminat dengan genre misteri, thriller, fantasi dan fiksyen sains. Antara buku fantasi dan fiksyen sains karya beliau ialah Pengembaraan Zac Rushd, Souvenir dari Angkasa Lepas dan buku genre misteri kanak-kanak Haron dan Holmes. Hassan pernah memenangi Anugerah Pena Emas pada tahun 2011 dalam kategori cerpen Bahasa Melayu. Beliau telah menerima Anugerah Harapan daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) 2015 dan Hadiah Sasterawan Muda MASTERA 2017.