$7.00 SGD
Qty available: 194

Untuk keluaran KayuApi edisi November 2023, kami menghidupkan kembali Sayembara Penulisan Nyala dan mengangkat tema “Realisme Magis”. Sebanyak 39 penyertaan telah diterima, dan daripada itu, hanya satu diangkat sebagai Juara sementara lima karya dipilih untuk menerima Hadiah Sagu Hati.

Dirasakan perlu untuk dilanjutkan Sayembara Penulisan Nyala untuk setiap edisi bagi mendorong para penulis melahirkan karya-karya dengan tema-tema yang mencabar. Tarikh tamat yang diletakkan juga memastikan bahawa karya itu akan siap dan tidak tersimpan selama berbulan dan bertahun dalam kotak minda, dalam buku nota dan dalam komputer.

Di samping itu, KayuApi juga bekerjasama dengan The Arts House untuk memaparkan karya-karya pemenang bagi Anugerah Pena Emas 2021. Semoga karya dan kata-kata mutiara para pemenang memberi motivasi kepada para penulis lain.

Selamat membaca!