KayuApi (Februari 2025)
Majalah KayuApi edisi Februari 2025 ini menggalas tema "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan" yang dipaparkan melalui esei daripada penulis undangan, Dr Jelani Harun dan Puan Sharifah Mohamed. Karya-karya para pemenang Sayembara Nyala dalam kategori bukan fiksyen kreatif dan puisi turut disiarkan.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa KayuApi akan direhatkan buat sementara waktu. Ini bukan penutup, tetapi satu jeda yang diperlukan agar kami dapat merencana strategi baharu untuk terus menyemarakkan dunia sastera dengan lebih berkesan.
Ayuh, dapatkan majalah ini dengan segera. Stok terhad!
Versi digital dalam format PDF boleh juga dibeli dari pautan:
https://ungguncreative.com/products/kayuapi-versi-digital