$7.00 SGD
Qty available: 38

Majalah KayuApi edisi Ogos 2024 mengangkat Paradoks sebagai tema induk untuk Sayembara Penulisan Nyala, kedua-dua kategori diberikan tema khusus yang bersifat paradoks, iaitu “tawa dalam tangis” dan “sepahit madu, semanis hempedu”.

Bulan Ogos juga ialah bulan yang mengandungi hari kelahiran/kemerdekaan bagi Singapura, Malaysia dan Indonesia. Paradoksnya, sebuah negara perlu dijajah sebelum dimerdekakan. Sentimen nasionalisme yang terkandung dalam karya sastera Melayu tradisional diketengahkan dalam esei penulis undangan khas, Dr Jelani Harun, untuk keluaran kali ini.

Ayuh, dapatkan majalah ini dengan segera. Stok terhad!

Versi digital dalam format PDF boleh juga dibeli dari pautan:
https://ungguncreative.com/products/kayuapi-versi-digital