JLN404 (2026)
"Masa ialah sejengkal yang kian meruncing. Datang sebelum hilang."
Sebuah imej Kufi Murabba’ yang menyerupai papan litar digital tiba-tiba tular di TikTok dengan tanda pagar #JLN404. Bagi orang lain, ia mungkin sekadar gimik media sosial atau ralat teknikal. Namun bagi Sofia, seorang gadis remaja peminat sejarah, dan Iskandar, pelajar kejuruteraan komputer, imej itu ialah satu teka-teki kriptografi yang menyembunyikan memori kota yang kian terpadam.
Pencarian kod rahsia ini membawa mereka menjelajahi lorong-lorong warisan Singapura—dari Jalan Pisang, Jalan Bahagia, Jalan Chempaka Kuning, hingga ke Jalan Ubi. Di sebalik binaan moden dan skrin digital, mereka diburu oleh entiti AI berautonomi "The Glitch" dan kumpulan misteri "Pemadam Sejarah" yang mahu meratakan memori sejarah serta jati diri bangsa demi keuntungan korporat.
Mampukah kearifan Melayu lama seperti ukuran sejengkal, sehasta, setapak, dan timbangan jampal, kupang, mayam menjadi kunci untuk menyelamatkan 'jalan-jalan yang hilang'?
Spesifikasi Produk:
- Penulis: Farihan Bahron
- Penyunting: Nurul ‘Ain Razali
- Kategori: Novel Remaja / Sastera Melayu Singapura / Fiksyen Sains
- Bilangan Muka Surat: 142 muka surat
- Dimensi: 128 x 178 x 11.6 mm
- Sokongan: Diterbitkan dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)
Sesuai Untuk:
- Pembaca remaja & belia (Young Adult)
- Peminat genre fiksyen sains, pengembaraan, dan teka-teki misteri
- Pelajar dan pendidik yang mahu meneroka bahasa & warisan Melayu menerusi sudut pandang moden
- Peminat sastera Melayu Singapura tempatan
Tentang pengarang
Farihan Bahron ialah penulis dan penerbit dari Singapura. Karya sasteranya telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Golden Point Award (2003 & 2015), Singapore Literature Prize (2018, 2022 & 2024) dan Anugerah Persuratan (2020/2021 & 2023). Beliau juga menerima Anugerah Harapan daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura (2017) dan Penghargaan Sastrawan Muda daripada MASTERA (2023).