Tasik Puaka di Bukit Pasir (2026)
Cermin Masa Depan, Bayangan Masa Lalu
Tampines, 1990. Satu pukulan kencang mengubah segala-galanya. Bagi Andri dan tiga rakan baiknya, Reza, Darren dan Suresh, bola sofbol yang hilang di sebalik bukit pasir itu bukan sekadar peralatan sukan yang dipinjamkan oleh guru mereka. Ia kunci yang membawa mereka ke sebuah tempat yang sepatutnya kekal sebagai rahsia: Tasik Puaka.
Reza berhenti lagi, matanya membulat, melirik ke kanan dan ke kiri sebelum berbisik. 'Mayat mereka tak pernah dijumpa.' Aiskrim kacang merah menitis di pahaku.
Maklumat produk
- Panjang: 5,000 patah perkataan (lebih kurang 30–40 minit bacaan)
- Sasaran pembaca: 13–17 tahun (sesuai juga untuk dewasa)
- Ilustrasi dalaman untuk melancarkan pengalaman membaca
- Dimensi: 128 x 178 x 5.4 (mm) | 64 halaman
- Penerbit: Unggun Creative
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Penghantaran: Singapura dan Malaysia
- ISBN: 978-981-94-5641-3
Tentang pengarang
Farihan Bahron ialah penulis dan penerbit dari Singapura. Karya sasteranya telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Golden Point Award (2003 & 2015), Singapore Literature Prize (2018, 2022 & 2024) dan Anugerah Persuratan (2020/2021 & 2023). Beliau juga menerima Anugerah Harapan daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura (2017) dan Penghargaan Sastrawan Muda daripada MASTERA (2023).