Kes #2: Dualisme (2026)
Satu eksperimen minda yang mencetuskan amuk
Singapura, era kolonial akhir abad ke-19. Suasana sambutan rasmi tiba-tiba bertukar kecoh apabila seorang lelaki mengamuk persis binatang buas lalu menerkam Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Selat, Sir Edward MacPherson. Di mata pasukan keselamatan kolonial pimpinan Inspektor Tennent, serangan itu hanyalah tindakan pengganas yang layak digantung sampai mati.
Namun, Konstabel Jamal Aswad dan Sarjan Mortimer Reed mengesan sesuatu yang jauh lebih janggal. Bekas suntikan kimia dan tanda ligatur pada tubuh suspek membawa siasatan mereka ke Asilum Sepoy Lines—sebuah hospital rawatan mental yang dikendalikan oleh Doktor Amrish Khurrana, seorang pakar yang taasub dengan Dissociation Theory dan sains pinggiran.
Apabila pihak atasan mula campur tangan dan melucutkan kuasa mereka daripada balai, Jamal terpaksa kembali memanfaatkan jaringan lamanya di sarang persembunyian lanun demi membongkar kebenaran. Menjelang detik hukuman yang kian suntuk, Jamal nekad menyusup masuk ke dalam asilum untuk mencari bukti konspirasi rahsia sebelum formula pemisah personaliti ini meragut lebih banyak nyawa.
Maklumat produk
- Panjang: 5,700 patah perkataan (lebih kurang 30–40 minit bacaan)
- Sasaran pembaca: 13–17 tahun (sesuai juga untuk dewasa)
- Ilustrasi dalaman untuk melancarkan pengalaman membaca
- Dimensi: 128 x 178 x 6 (mm) | 78 halaman
- Penerbit: Unggun Creative
- Bahasa: Bahasa Melayu
- Penghantaran: Singapura dan Malaysia
- ISBN: 978-981-17893-7-3
Tentang pengarang
Hassan Hasaa’ree Ali merupakan seorang jururawat dan bertugas sebagai pensyarah kejururawatan di politeknik. Hassan juga berminat dengan genre misteri, thriller, fantasi dan fiksyen sains. Antara buku fantasi dan fiksyen sains karya beliau ialah Pengembaraan Zac Rushd, Souvenir dari Angkasa Lepas dan buku genre misteri kanak-kanak Haron dan Holmes. Hassan pernah memenangi Anugerah Pena Emas pada tahun 2011 dalam kategori cerpen Bahasa Melayu. Beliau telah menerima Anugerah Harapan daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) 2015 dan Hadiah Sasterawan Muda MASTERA 2017.