$12.00 SGD
Qty available: 72

Kumpulan puisi Perahu Sudah Dipecahkan Khidir

Puisi-puisi H.B. Johar, pada keseluruhannya, adalah ekspresi cinta dan kerinduan terhadap Maha Pencipta. Penyair melakukan perjalanan untuk mendekati Al-Khalik dengan cara mentafsir alam dan membersihkan jiwa, selaras dengan makna sufisme yang diambil daripada perkataan safa yang bermaksud suci dan bersih.

Di dalam kumpulan ini, ditemui puisi perjalanan untuk mengenal Allah dan mendekatkan diri dengan yang dicintai. Perjalanan rohani ini selaras dengan apa yang dihuraikan Abdul Qadir Al-Jailani (1997) sebagai perjalanan roh untuk pulang ke alam tinggi.

~ Kata pengantar oleh Dr Zurinah Hassan

Dapatkan buku ini dari Shopee:
https://shopee.sg/product/253792513/15837210553/