$12.00 SGD
Qty available: 185
M.I.A. ternyata penyair yang serius dan mahir dalam bidangnya. Dalam kalangan penulis muda zaman awal 1970-an di Singapura dahulu, beliau ke depan dengan cara penulisan yang eksperimental dan kurang konvensional.
M.I.A. sering menggunakan diksi yang lebih pejal dan isu-isu yang diketengahkan lebih segar. Beliau juga seakan-akan menyisipkan unsur surealisme dalam beberapa puisinya, selain menjadi seakan-akan perintis puisi jenis puisi-prosa di Singapura.
~ Rasiah Halil
Sasterawan Singapura & penerima Anugerah Tun Seri Lanang 2017