$10.00 SGD
Qty available: 250

Langkah Langkah Langka, sebuah kumpulan sajak hasil daripada seniman Mohd Khair Mohd Yasin, menghimpunkan 52 kuntuman kata-kata yang diperam dan dihadam dalam zon di bawah paras sedar.

"Projek ini adalah penerokaan gaya penulisan saya dan bentuk jati diri puisi sendiri. Penekanan saya adalah penulisan puisi dilakukan pada peringkat bawah kesedaran atau sub-conciousness. Pemerapan ilham yang duduk di wilayah atau zon inspirasi sebaik-baiknya senantiasa dilawati atau diziarahi bagi memudahkan konsep berkarya secara spontan."

~ Mohd Khair Mohd Yasin

"Membaca 52 puisi dalam Langkah Langkah Langka mengasyikkan. Kata-kata mengalir menghanyutkan. Kata-kata bagai burung merpati yang jinak tapi liar. Begitu saya membaca puisi Mohd Khair Mohd Yasin ini."

~ Rusli Marzuki Saria
Penyair Indonesia