$15.00 SGD
Qty available: 236

Kumpulan cerpen Kosong Di Atas Garis tulisan Leyla Shuri memaparkan 13 buah cerpen yang merakam pelbagai isu seperti kepikunan, penjagaan warga emas, kahwin campur, silang budaya Jepun-Melayu dan macam-macam lagi. Pembaca dibawa menelusuri dekad-dekad tertentu dalam sejarah Singapura dan didedahkan kepada corak dan rentak kehidupan masa lalu.

Buku ini boleh juga didapatkan di Shopee:
https://shopee.sg/product/253792513/20064603748/

Di tangan Leyla Shuri, natijah daripada pengalaman sendiri menjambatani Singapura-Jepun, kita mengenali hati budi bukan sahaja susuk dalam kalangan orang Melayu, keturunan yang diwarisinya. Leyla Shuri menyeberang masuk ke dasar nurani pelbagai bangsa dunia dan kita sebagai pembaca banyak berselisih jalan dengan mereka. Pendekatan ini antara kaedah memperkaya dan melimpahnya rasa insani lewat nukilan persuratan.

~ Profesor Madya Dr Mawar Safei