Iblis Sudah Mati (2018)
Antologi cerpen Iblis Sudah Mati menghimpunkan karya-karya 11 orang cerpenis daripada pelbagai latar belakang, yang memaparkan lantunan persepsi para penulis muda dan matang berbakat untuk mengetengahkan teka-teki minda dalam dunia penulisan kreatif.
Barisan penulis: Mohamed Naguib Ngadnan, Chempaka Aizim, Djohan A. Rahman, Noridah Kamari, Farihan Bahron, Amanah Mustafi, R. Azmann A. Rahman, Noor Aisya Buang, Junaidah Baharawi, Pasidah Rahmat & Siti Aisyah Jamil.
Antologi ini turut meneruskan tradisi menerbitkan karya-karya berkanta eksperimental yang berencam tema dan genre, termasuk penulisan berunsur futuristik dan alam metafizika untuk diterjahkan kepada minda dan emosi para pembaca serta pencinta kesusasteraan.