$19.90 SGD
Qty available: 468

Dapatkan NISKALA sekarang!

Novel grafik Melayu setebal 148 halaman yang berlatarkan steampunk ini mengisahkan tentang Amra, seorang pahlawan di negeri Niskala sekitar tahun 1619. Amra harus bergabung tenaga bersama rakan-rakan wira lain untuk menyelamatkan Gabenor Tisa daripada cengkaman makhluk asing yang digelar Najaraga.

Namun, Amra mengesyaki bahawa dirinya bukanlah berasal dari negeri Niskala. Ada perkara pelik yang sentiasa mengusik sanubari Amra. Apakah keanehan yang menyelubungi negeri ini?

Ayuh, kita menelusuri perjalanan empat wira Niskala ini sambil membongkar rahsia dunia Niskala!

Penghasilan bahan bacaan untuk remaja dan dewasa ini disokong oleh Geran Pengkaryaan daripada Majlis Seni Kebangsaan Singapura.

Anda juga boleh dapatkan buku ini di Shopee:
https://shopee.sg/product/253792513/6994467124/