$15.00 SGD
Qty available: 100

Kumpulan cerpen Kepala Kotak oleh Farihan Bahron menyajikan 15 buah cerpen yang ditulis dari 2017 hingga 2021. Tema-tema yang diangkat dalam kumpulan ini merangkumi pergelutan antara manusia dengan teknologi dan dunia masa depan.

Beberapa karya dalam buku ini pernah disiarkan dalam majalah Tunas Cipta dan Kayu Api, antologi fiksyen sains dan fantasi Aditress dan Tri, serta dalam talian melalui lelaman Cukaria dan Kepala Mancis.

Maka begitulah aneka ketempangan di sepanjang jalan hidup dibawakan Farihan Bahron, menerusi Kepala Kotak ini. Dari cerita lisan yang lampau Batu Belah Batu Bertangkup, jauh ia meneroka pelbagai laluan kreativiti dan imaginasi sehingga tiba di ruang maya terkini di Labirin Purba.

Kisah yang diangkat khasnya dari ruang realiti maya dengan perkakasan teknologi digital, yang selama ini merupakan ilusi optik, hari ini kian memberi dampak yang ketara. 

Profesor Madya Dr Mawar Safei
Pensyarah Kanan
Pusat Penyelidikan Bitara Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Buku ini juga boleh dibeli dari lelaman Shopee:
https://shopee.sg/product/253792513/13570364253/