$12.00 SGD
Qty available: 190

KUMPULAN sajak ini melambangkan suatu pensejarahan jalan hidup, pemikiran dan jalur kehidupan anak Melayu abad ke–21. Kesemua sajak yang terpapar mencerminkan budaya dan cita sempurna anak Melayu Singapura ketika ini.

Gaya sajak di dalam Anak Waktu Belajar Diam dengan sudut pandangan orang pertama dan bukan fiksyen amat berterus terang. Manakala, kajian tuntas mengenai bahagian-bahagian – Jalan Pemuda, Hati Pemuda, Darah Pemuda, Nyawa Pemuda dan Akal Pemuda mengisahkan setiap episod hidup Muhammad Khairool Haque yang dirakam olehnya dalam bentuk sajak yang mudah dan lunak untuk semua peringkat pembaca.

~ Sazali Sahri
Penerima Anugerah Guru Arif Budiman, Singapura (2008)

Saya yakin jika pemuda mendewasa yang di alam persekolahan menengahnya, dengan dibantu oleh guru-guru bahasa dan sasteranya yang mahir dan berminat membantu para pelajarnya, mempelajari sajak-sajak di dalam kumpulan Anak Waktu Belajar Diam, pasti mereka akan menemui mutiara kata yang sangat bernilai untuk dipelajarinya.

- Suratman Markasan
Penerima Anugerah Tun Seri Lanang 1999 & Pingat Budaya 2010