$10.00 SGD
Qty available: 5

Sesuatu majlis akan menjadi bertambah menarik apabila ada orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengacarakan majlis tersebut bijak memainkan peranannya. Kejayaan seseorang pengacara majlis juga bukan hanya bergantung kepada kejelitaan atau ketampanan atau suara yang menawan, tetapi lebih utama seseorang pengacara itu dapat memastikan kelancaran sesuatu majlis yang diamanahkan kepadanya untuk disempurnakan.

Dalam Tips Menulis Teks Pengacara Majlis, Siti Zaleha M.Hashim telah memberi panduan-panduan berguna. Panduan-panduan ini boleh dimanfaatkan oleh sesiapa juga yang berminat untuk menjadi pengacara majlis. Malah, pengacara majlis yang sudah sekian lama berkecimpung dalam dunia ini juga boleh menjadikan buku ini sebagai panduan tambahan untuk mereka.