$18.00 SGD
Qty available: 1

Novel ini adalah sebuah fiksyen sejarah yang memaparkan konflik kehidupan dua golongan keluarga dalam masyarakat Jepun.

Cerita mengambil latar belakang kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada tahun 1993 di pesisir pantai yang menghadap Lautan Pasifik. Tsunami yang berlanjutan akibat daripada gempa bumi itu telah memisahkan sebuah keluarga Melayu.

Yutaka dan Sachiko, dua adik-beradik, terperangkap dalam sebuah dunia yang berbeza serta berhadapan dengan masyarakat Jepun yang mula diterobos oleh anasir-anasir luar, khasnya dari Barat, selepas diselamatkan oleh keluarga kaya.

Dengan keteguhan hati warisan daripada sifat mandiri keluarga nelayan, mereka menjalani kehidupan baharu dengan cekal.

Konflik antara manusia yang berlainan kelas dan kedudukan turut merumitkan susur-galur keturunan yang berpegang kuat pada nilai-nilai tradisi.

Diadun dengan budaya dan adat tradisi Jepun, novel ini adalah sebuah gambaran yang jelas tentang cinta, sikap, sifat dan cerita di sebalik kegemilangan empayar besar di Jepun.