$20.00 SGD
Qty available: 4

Pulau adalah bingkisan antologi novela istimewa daripada lima penulis Singapura, Farihan Bahron, Hazriq Idrus, Hassan Hasaa'ree Ali, Djohan A. Rahman dan Mohamed Naguib Ngadnan yang berlatarkan tempat dan watak-watak yang sama namun wujudnya mereka dalam lima maya yang berbeza.

Daripada kisah jatuh bangun seorang tokoh bola sepak, ke kisah seorang anak muda menumpang kasih dengan sekumpulan warga emas, hingga cerita epik kaum yang berkejar merentas masa dan tempat untuk melestarikan warisan bumi mereka setelah tempat asal mereka musnah.