$15.00 SGD
Qty available: 7

Antologi Puisi Orang Bertujuh ini dihasilkan oleh tujuh orang penyair yang datang dari pelbagai latar belakang dan lapangan pekerjaan - yang sama dan yang berbeza.

Mohammad Ismail Abdullah (MIA) dan Mohammad Yusoff Abdul Rahman (Mibarzo) lebih banyak berkecimpung dalam bidang kewartawanan. Muhammad Naim Daipi (Nizqin) lebih dikenali sebagai guru dan pakar Bahasa Melayu. Eunos Asah lebih menyerlah sebagai penulis lirik lagu, Abdul Hamid Besih sebagai pendidik, Sumadi Sarkawi dikenali di arena sukan dan Maarof Salleh dikenali sebagai pendidik dan pengkaji.

Nikmatilah suara hati 'orang bertujuh' yang lunak dan yang garang, yang romantis dan yang serius, yang mendidik dan yang mengkritik, yang merayu dan yang mencemuh, yang merintih dan yang berazam.