$15.00 SGD
Qty available: 0

"Azlan... jika aku letakkan Adi dan Siti Aruna di pinggir jalan itu sambil menadah tangan meminta belas ihsan manusia yang berlalu-lalang, aku pasti tidak ada yang menolak untuk mencampakkan sesen dua kepada mereka. Tapi berapa banyak tangankah yang sanggup untuk menyuapkan nasi ke mulut mereka atau membersihkan najis dari tubuh mereka? Itulah dia sebahagian dari tanggungjawabku... kakak mereka."
(Petikan "Dianku Seroja")

Sembilan buah cerpen yang terkumpul dalam koleksi ini adalah usaha kedua penulis Wan Jumaiah Mohd Jubri untuk mendokumentasikan asam garam kehidupan dan hidup bermasyarakat dalam bentuk cerpen.