$15.00 SGD
Qty available: 5

Cinta Seorang Sasterawan menampilkan empat buah skrip drama radio hasil karya Rohman Munasip. Keempat-empat skrip ini, "Mengintai Mentari Esok", "Titik Pertemuan", "Cinta Seorang Sasterawan" dan "Sirih Pulang Ke Gagang" pernah disiarkan di Pentas Radio Warna 94.2 (terbitan Suharti Ali dan Razak Rahim).

Karya "Titik Pertemuan" yang terkandung dalam buku ini juga memenangi Hadiah Sastera (Kategori Skrip Drama Eceran) sewaktu Anugerah Persuratan 2011. Manakala, skrip drama radio "Cinta Seorang Sasterawan" dan "Sirih Pulang Ke Gagang" dicalonkan untuk kategori yang sama pada Anugerah Persuratan 2015.