$16.00 SGD
Qty available: 0

Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia-Singapura ini menghimpunkan 12 buah cerpen daripada ketiga-tiga negara tersebut, dan Singapura membuktikan bahawa sastera dapat menjadi tali penghubung antara negara yang terpisah secara geopolitik.

Setiap negara telah memilih pengarang dan karya mereka yang representatif untuk antologi ini. Malaysia diwakili Azmah Nordin, S.M. Zakir, Sri Diah dan Zakarian Ali; Indonesia diwakili Djenar Maesa Ayu, Oka Rusmini, Seno Gumira Ajidarma dan Sulfiza Ariska; Singapura diwakili Rama Kannabiran, Suchen Christine Lim, Suratman Markasan dan Wong Meng Voon.

Karya mereka mempunyai nilai yang tersendiri, bukan sahaja memancarkan aspirasi tempatan malahan menyisipkan nilai sejagat yang dapat dikongsi bersama.