$15.00 SGD
Qty available: 9

Antologi cerpen "Penawar", terbitan RightInk Books, memaparkan karya 10 orang penulis Singapura yang telah mengikuti bengkel penulisan Mencari Kristal 2016 anjuran Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan.

Buku setebal 149 halaman ini, mengadunkan pelbagai tema dan menyerlahkan teknik penulisan yang berencam. Para penulis juga pernah meraih hadiah-hadiah penulisan sepanjang penglibatan mereka dalam arena kesusasteraan Melayu setempat.

Barisan penulis: Chempaka Aizim, Djohan Abdul Rahman, Hassan Hasaa'Ree Ali, Hazriq Idrus, Khaziah Yem, Laila Omar Bentalib, Mohamed Naguib Ngadnan, Nur-El Hudaa Jaffar, Tuty Alawiyah Isnin dan Yazid Hussein.

Dimensi buku: 130 x 200 x 12 mm